Digi Lancar Aplikasi ‘Ibadat’ Untuk Panduan Waktu Solat Dan Arah Kiblat Yang Tepat Bagi Pengguna Islam Comments Off on Digi Lancar Aplikasi ‘Ibadat’ Untuk Panduan Waktu Solat Dan Arah Kiblat Yang Tepat Bagi Pengguna Islam

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih khusus untuk pengguna beragama Islam di negara ini dengan penawaran ‘Ibadat’.

Aplikasi mudah alih ini diperkenalkan bagi membantu pengguna Islam tempatan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah mereka, melalui fungsi-fungsi komprehensif seperti memaparkan waktu solat, dan juga petunjuk arah kiblat yang tepat. ‘Ibadat’ turut menawarkan pelbagai fungsi tambahan seperti teks Al-Quran lengkap dengan audio, dan juga pengesan lokasi masjid berhampiran.

Lebih istimewanya, pengguna juga boleh menyaksikan secara langsung ibadah haji yang dikerjakan oleh jemaah di Mekah dan Madinah menerusi aplikasi itu pada bulan Zulhijjah. Malah dengan hanya RM0.50 setiap minggu atau RM1.50 sebulan, pelanggan Digi turut boleh mengakses fungsi lain seperti notifikasi azan, koleksi doa, kalendar Islam yang lengkap dengan cuti, kalkulator zakat, kalendar Ramadan dan banyak lagi.

Aplikasi mudah alih ‘Ibadat’ kini sudah boleh dimuat turun menerusi peranti Android di Play Store, dan versi iOS pula akan diperkenalkan tidak lama lagi. Malah ia juga boleh dimuat turun oleh semua pengguna walaupun bukan di kalangan pelanggan Digi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend