Digi Beri Rebat RM10 Untuk Para Pelanggan Berumur 60 Tahun Dan Ke Atas Comments Off on Digi Beri Rebat RM10 Untuk Para Pelanggan Berumur 60 Tahun Dan Ke Atas

Digi Telecomunication Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan yang mana mereka kini menawarkan keistimewaan buat para pelanggan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Mulai hari ini, rebat RM10 untuk bil bulanan akan diberikan kepada pelanggan baharu yang mendaftar mana-mana pelan pascabayar Digi. Keistimewaan ini juga turut diberikan kepada pelanggan pascabayar sedia ada melalui notifikasi yang diberikan bermula hari ini. Pelanggan boleh menerima tawaran ini dengan cara menebusnya di “Box of Surprise” dalam aplikasi MyDigi.

Terdahulu, Digi turut memperkenalkan program rebat RM10 untuk orang kelainan upaya (OKU). Pelanggan OKU kini boleh mengemukakan kad pengenalan diri dan kad OKU mereka di mana-mana stor Digi seluruh negara untuk menyertai program ini.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari portal rasmi Digi di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend