Dapatkan Tiket Awal Berharga RM39 Untuk Menghadiri Asia Comic Con 2018 Yang Pertama Di Malaysia – 13 Hingga 15 Julai 2018 Comments Off on Dapatkan Tiket Awal Berharga RM39 Untuk Menghadiri Asia Comic Con 2018 Yang Pertama Di Malaysia – 13 Hingga 15 Julai 2018

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada peminat filem atau komik, kini anda berpeluang untuk bertemu dengan watak-watak kegemaran di Asia Comic Con (ACC) 2018 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Apa yang lebih menariknya, anda kini berpeluang untuk mendapatkan tiket awal berharga RM39 bermula hari ini hingga 3 Julai nanti di http://www.eventbrite.com.au/e/asia-comic-con-malaysia-2018-tickets-46259095199.

Acara yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 13 hingga 15 Julai 2018 ini akan diadakan Sunway Pyramid Convention Centre. Terdapat enam zon berasingan boleh dikunjungi iaitu komik, filem, rancangan bersiri, manga, anime, permainan, permainan digital dan juga cosplay. Selain itu pelbagai aktiviti menarik turut disediakan termasuklah pameran, koleksi barangan terkumpul dan juga aktiviti interaktif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Asia Comic Con Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend