Dapatkan Jemputan Eksklusif Ke Acara Makan Malam ‘Huawei Christmas Night’ Pada 20 Disember Comments Off on Dapatkan Jemputan Eksklusif Ke Acara Makan Malam ‘Huawei Christmas Night’ Pada 20 Disember

Bersempena musim perayaan ini, Huawei Malaysia bakal melabuhkan tirai 2018 dengan menganjurkan makan malam eksklusif pada 20 Disember 2018 (Khamis) di Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Kuala Lumpur. Majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan kesetiaan peminat Huawei di negara ini.

Kesemua tetamu yang hadir ke majlis ‘Huawei Christmas Night’ akan menerima cenderahati eksklusif (door gifts), manakala pelbagai hadiah cabutan bertuah sumbangan rakan niaga Huawei seperti Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, dan Viu akan turut diberikan kepada pemenang bertuah.

Sepanjang majlis makan malam eksklusif itu berlangsung, pelbagai aktiviti menyeronokkan akan dianjurkan kepada tetamu. Bahkan para tetamu juga boleh merasai pengalaman mewah dan tips dengan menyertai kelas seperti ‘Caviar Masterclass’ dan juga ‘Beauty Workshop’.

Untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke ‘Huawei Christmas Night’, Huawei akan memilih peminat yang bertuah berdasarkan salah satu daripada penyertaan berikut:

  • Huawei Snowy Christmas Photo Challenge
    • Anda hanya perlu menyertai aktiviti ‘Huawei Snowy Christmas Photo Challenge’ di mana-mana lokasi Huawei Snowy Christmas. Kongsikan gambar itu ke Facebook dengan tanda pagar #huaweisnowychristmas dan 10 gambar dengan ‘like’ paling banyak akan memenangi jemputan eksklusif ke ‘Huawei Christmas Night’.
  • Huawei VIP
    • Sekiranya anda memiliki mana-mana peranti daripada siri Mate 20, siri P20, Nova 3 ataupun Nova 3i, pastikan anda memuat turun aplikasi Huawei VIP dan berdaftar. Pengguna yang paling menggunakan aplikasi ini akan berpeluang untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke ‘Huawei Christmas Night’.
  • Huawei AppGallery
    • Pengguna aplikasi Huawei AppGallery boleh menjadi antara pemenang bertuah untuk mengajak rakan yang merupakan peminat Huawei ke majlis makan malam eksklusif ini. Mereka hanya perlu membuat pembelian dan memuat turun mana-mana aplikasi sehingga 14 Disember untuk menjadi antara 10 yang bertuah.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend