Dapatkan Baucar Aksesori RM30 Di Huawei Online Store Dengan Tinggalkan Ulasan Produk – Sehingga 12 Mei 2019 Comments Off on Dapatkan Baucar Aksesori RM30 Di Huawei Online Store Dengan Tinggalkan Ulasan Produk – Sehingga 12 Mei 2019

Sekiranya anda ada membuat pembelian produk keluaran Huawei melalui pembelian di Huawei Online Store, kini anda boleh menyertai promosi menarik dengan cara yang sangat mudah.

 

Bermula 30 April hingga 12 Mei 2019 ini, setiap pembelian produk keluaran Huawei yang dibeli di laman rasmi Huawei layak untuk menerima baucar aksesori bernilai RM30 secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke laman produk yang telah anda beli, akses ruangan ‘Reviews’ diikuti tab ‘My Reviews’, dan tulis ulasan anda terhadap produk yang dibeli.

Baucar aksesori bernilai RM30 akan dimasukkan ke ruangan ‘Coupon’ di dalam ‘My Account’ dalam tempoh tujuh hari selepas anda menghantar ulasan produk. Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini kerana ia hanya sah sehingga 12 Mei 2019 ini sahaja.

Baca juga promosi hebat Huawei yang lain:

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

Menangi Satu Daripada 999 Unit Huawei M3 Lite Bernilai RM989 Melalui Peraduan ‘Ramadan Kareem’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend