Cubaan Menyeludup iPhone Bernilai Hampir USD80 Juta Menggunakan Dron Gagal… Comments Off on Cubaan Menyeludup iPhone Bernilai Hampir USD80 Juta Menggunakan Dron Gagal…

Gara-gara ingin mengelak daripada dikenakan cukai oleh pihak kastam, seramai 26 orang suspek telah berjaya ditahan selepas cubaan mereka untuk menyeludup iPhone refurbished bernilai USD79.8 juta (kira-kira RM493 juta) pada Jumaat yang lepas.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kumpulan ini dikatakan telah menggunakan dron yang diterbangkan dari sempadan Hong Kong ke Shenzen di Tanah Besar China dengan jarak lebih kurang 200 meter. Berdasarkan akhbar tempatan, kes ini merupakan yang pertama berlaku di China di mana dron telah digunakan untuk tujuan penyeludupan.

Pihak kastam di Shenzen mendedahkan modus operandi yang digunakan oleh suspek untuk tujuan penyeludupan iPhone refurbished. (kredit gambar: REUTERS)

Modus operandi kumpulan penyeludup ini dikatakan melakukan aktiviti penyeludupan pada waktu tengah malam dan mereka telah menggunakan beg kecil yang mampu memuatkan lebih dari 10 iPhone pada satu-satu masa dengan bantuan dron. Mengikut kenyataan pihak berkuasa yang berjaya menggagalkan aktiviti tersebut, kumpulan ini dikatakan mampu menyeludup sehingga 15,000 unit iPhone ke sempadan pada satu malam.

Pihak kastam di Shenzen telah berkongsi bahawa mereka akan lebih peka untuk memantau aktiviti penyeludupan peranti menggunakan dron dan dikatakan akan turut menggunakan dron untuk mengesan sebarang aktiviti penyeludupan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend