COVID-19: Setakat 23 Mac, 212 Kes Baharu, Kematian Cecah 14 Kes Comments Off on COVID-19: Setakat 23 Mac, 212 Kes Baharu, Kematian Cecah 14 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengumuman terbaru menyatakan setakat 23 Mac 2020, sebanyak 212 kes baharu dilaporkan, menjadikan 1518 kes setakat ini.

Daripada 212 kes baharu, 123 adalah daripada kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat. Di bilik ICU pula, sebanyak 57 pesakit dan 27 daripadanya kini memerlukan alat pernafasan.

Selain itu, KKM mengesahkan jumlah kematian akibat COVID-19 kini mencecah 14 kes yang mana kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki dan kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan, kedua-duanya warganegara Malaysia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend