COVID-19: Proses Nyah Cemar Akan Dilaksanakan Isnin Ini, Serentak Di Seluruh Negara Comments Off on COVID-19: Proses Nyah Cemar Akan Dilaksanakan Isnin Ini, Serentak Di Seluruh Negara

Melalui laporan yang telah dikongsikan oleh portal Astro Awani, kerajaan Malaysia akan melaksanakan proses nyah cemar secara serentak di seluruh negara bermula Isnin.

Proses ini akan dilaksanakan di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses nyah cemar itu akan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PBT di daerah masing-masing perlu laksana proses nyah cemar di kawasan masing-masing termasuk di jabatan kerajaan tetapi keutamaan akan diberikan pada tempat-tempat awam, kemudian barulah di kawasan perumahan.

Selain itu keutamaan melaksana proses nyah cemar ketika ini akan turut dilakukan di dua kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan proses nyah cemar di 11 lokasi di ibu negara sejak 23 Mac lalu.

sumber: Astro Awani

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend