COVID-19: Malaysia Catat Tujuh Kes Baharu Setakat 3 Mac 2020, Kesemuanya Warga Tempatan Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat Tujuh Kes Baharu Setakat 3 Mac 2020, Kesemuanya Warga Tempatan

Melalui ciapan oleh @KKMPutrajaya melalui akaun Twitter rasminya, Malaysia kini telah mencatatkan tujuh (7) lagi kes baharu positif COVID-19 di negara ini setakat hari ini (3 Mac 2020), sekaligus menyaksikan sebanyak 36 kes keseluruhan telah dicatatkan setakat ini.

Berdasarkan jumlah tersebut, 22 kes sudahpun sembuh dan discaj, manakala 14 kes lagi masih dirawat di Hospital Sg Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Senarai tujuh (7) kes baharu positif COVID-19 pada 3 Mac 2020:

  1. Kes ke-30: Lelaki warga tempatan berusia 38 tahun. Sejarah perjalanan ke Australia (Hospital Sg Buloh).
  2. Kes ke-31: Lelaki warga tempatan berusia 50 tahun. Tiada sejarah perjalanan ke luar negara (Hospital Sg Buloh).
  3. Kes ke-32: Wanita warga tempatan berusia 43 tahun. Tiada sejarah perjalanan ke luar negara (Hospital Kuala Lumpur).
  4. Kes ke-33: Lelaki warga tempatan berusia 58 tahun. Sejarah perjalanan ke Kuching (Hospital Sg Buloh).
  5. Kes ke-34: Lelaki warga tempatan berusia 40 tahun. Paramedik di hospital yang telah memberi rawatan kes ke-26 (Hospital Sg Buloh).
  6. Kes ke-35: Wanita warga tempatan berusia 50 tahun. Sejarah perjalanan ke Australia (Hospital Kuala Lumpur).
  7. Kes ke-36: Lelaki warga tempatan berusia 48 tahun. Sejarah perjalanan ke Mesir (Hospital Sg Buloh).

Menurut @KKMPutrajaya, kesemua 7 kes ini adalah kontak rapat kes ke-26, dan pengesanan kontak rapat kes ke-26 ini masih berjalan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, anda boleh terus mendapatkan maklumat rasmi di portal http://www.moh.gov.my/ dan juga media sosial rasmi KKM.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend