COVID-19: Malaysia Catat Satu Lagi Kes Kematian Baharu, Jumlah Kematian Kini Cecah 15 Kes Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat Satu Lagi Kes Kematian Baharu, Jumlah Kematian Kini Cecah 15 Kes

Setakat 24 Mac 2020 pada jam 2.30 petang, dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) lagi kematian baharu telah dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan sebelum ini telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 pagi hari ini (24 Mac 2020).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend