COVID-19: Malaysia Catat Dua Kematian Dengan 120 Kes Baharu Setakat 17 Mac 2020 Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat Dua Kematian Dengan 120 Kes Baharu Setakat 17 Mac 2020

Setakat jam 12 tengah hari pada 17 Mac 2020, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 120 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Bahkan turut dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) kematian COVID-19 (Kes ke-178 dan kes ke-358) telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM pada hari ini.

  1. Kes ke-178: merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling tempoh hari. Beliau mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.
  2. Kes ke-358: merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 49 kes.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend