
Sehingga 18 Mac 2020 jam 12 tengah hari, KKM telah melaporkan terdapat 117 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes.
Berdasarkan siasatan awal, daripada 117 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 80 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Sehingga kini seramai 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
KKM juga turut memaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, TIADA pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad hospital kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.
Dalam tempoh ini juga, jika diperlukan, HANYA SEORANG (1) peneman sahaja dibenarkan semasa temujanji klinik kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.
sumber: Twitter/KKMPutrajaya