COVID-19: Malaysia Catat 217 Kes Baharu, 3 Kematian Dan 60 Pesakit Telah Sembuh – 3 April 2020 Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat 217 Kes Baharu, 3 Kematian Dan 60 Pesakit Telah Sembuh – 3 April 2020

Setakat 3 April 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan sebanyak 217 kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan, dan ini telah menyaksikan kes kumulatif keseluruhan mencecah 3,333 kes setakat hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 2,453 kes masih lagi dirawat di hospital, 108 kes kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 54 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Manakala 827 kes telah sembuh, termasuk 60 kes baharu.

Dukacita dimaklumkan bahawa 3 kes kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam, sekaligus menjadikan keseluruhan kes kematian yang dicatatkan adalah 53 kes.

  • Kes kematian ke-51: wanita berusia 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.
  • Kes kematian ke-52: lelaki berusia 52 tahun dan telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.
  • Kes kematian ke-53: wanita berusia 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend