COVID-19: Malaysia Catat 1,796 Kes Keseluruhan Dengan 172 Kes Baharu Setakat 25 Mac 2020 Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat 1,796 Kes Keseluruhan Dengan 172 Kes Baharu Setakat 25 Mac 2020

Setakat jam 5 petang pada 25 Mac 2020, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 172 kes baharu. 71 kes dilaporkan berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.

Penambahan kes baharu ini telah menjadikan jumlah kes keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 1,796 orang. Namun kes aktif yang sedang dirawat buat masa ini adalah seramai 1,578 orang.

KKM turut melaporkan jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah 19 orang. Manakala 199 orang pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend