COVID-19: Malaysia Catat 179 Kes Baharu, 4 Kematian Dan 1,005 Kes Telah Sembuh Setakat 5 Mac 2020 Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat 179 Kes Baharu, 4 Kematian Dan 1,005 Kes Telah Sembuh Setakat 5 Mac 2020

Melalui perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia telah mencatatkan 179 kes baharu positif COVID-19. Ini telah menyaksikan keseluruhan kes COVID-19 yang telah dicatatkan setakat jam 5.30 petang pada 5 Mac 2020 (Ahad) adalah sebanyak 3,662 kes.

Daripada jumlah tersebut, 99 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 48 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada jumlah keseluruhan, 2,596 kes kini masih dirawat di hospital dan 1,005 kes lagi telah sembuh dan discaj dari hospital (termasuk 90 kes baharu).

Dukacita dimaklumkan, hari ini turut menyaksikan 4 kematian baharu dan menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah 61 orang.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend