COVID-19: Kerajaan Akan Lancar Aplikasi Yang Dapat Mengesan Pergerakan Rakyat Malaysia Comments Off on COVID-19: Kerajaan Akan Lancar Aplikasi Yang Dapat Mengesan Pergerakan Rakyat Malaysia

Dalam laporan terbaru yang dipetik dari MalaysiaKini, kerajaan akan melancarkan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan rakyat Malaysia. Langkah proaktif kerajaan ini adalah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, negara Singapura telah dirujuk sebagai antara negara yang telah berjaya daripada segi contact tracing untuk virus ini. Malahan beberapa hari lepas, Singapura telah melancarkan sebuah aplikasi yang bernama Trace Together.

Menteri itu yang mengendalikan forum Penyesuaian Terhadap Cabaran COVID-19 hari ini turut memberitahu beliau, profesor, dan rakan-rakannya sedang menyediakan aplikasi tersebut.

Pada Jumaat lalu, kerajaan Singapura telah melancarkan aplikasi yang dapat mengenal pasti orang yang berada dua meter dengan pesakit koronavirus selama sekurang-kurangnya 30 minit menggunakan Bluetooth.

Aplikasi Trace Together itu dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan (GovTech) dan Kementerian Kesihatan Singapura yang mana aplikasi itu berguna apabila pengguna yang dijangkiti tidak dapat mengingati siapa yang mereka telah dekati.

Sehingga hari ini, aplikasi itu telah dimuat turun lebih daripada 620,000 orang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend