COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang PKP Fasa Kedua – 1 April Hingga 14 April 2020 Comments Off on COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang PKP Fasa Kedua – 1 April Hingga 14 April 2020

Semalam satu sidang media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diadakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

Berdasarkan ucapan yang disampaikan, kerajaan Malaysia akan melaksanakan PKP Fasa Kedua yang akan dibuat bermula esok (1 April 2020) hingga 14 April 2020.

Berbeza dengan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat, PKP Fasa Kedua ini masih membenarkan pergerakan tetapi dengan beberapa tetapan tambahan seperti berikut:

1. Waktu Operasi Pengangkutan Awam

  • Pengangkutan awam akan dikekalkan iaitu antara 6 pagi hingga 10 malam, dan juga 5 petang hingga 10 malam.
  • Teksi dan seru-pandu (e-hailing) masih dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
  • Hanya seorang sahaja dibenarkan di dalam kenderaan persendirian yang keluar untuk membeli makanan, barang keperluan atau sebagainya.
  • Pengangkutan komersial untuk menghantar barang keperluan dibenarkan bergerak seperti biasa tetapi digalakkan untuk keluar antara 7 petang hingga 7 pagi.

2. Waktu Operasi Perniagaan

  • Pasaraya, hypermarket dan kedai menjual barangan keperluan hanya dibenarkan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
  • Restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
  • Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
  • Stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

3. Aktiviti Riadah dan Sosial

  • Tidak dibenarkan berada di kawasan awam atau persendirian (termasuk di dalam kawasan yang berpagar).
  • Kelonggaran diberikan untuk golongan Autism dan OKU untuk melakukan terapi di luar, tetapi dilarang membuat aktiviti secara berkumpulan.
  • Rumah-rumah ibadat tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti ibadah ataupun tempat untuk berkumpul.

sumber: BERNAMA

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend