
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Xiaomi melancarkan Mi MIX 3 secara rasmi pada 25 Oktober nanti. Jika sebelum ini Xiaomi telah mengesahkan sokongan rangkaian 5G dan juga RAM berkapasiti 10GB pada Mi MIX 3, hari ini video demonstrasi ‘Face Unlock’ pada peranti ini pula berjaya didedahkan.


Walaupun ketirisan video demonstrasi ini hanya berdurasi 4 saat, jelas dapat dilihat bahawa ciri ‘Face Unlock’ yang disokong oleh Mi MIX 3 mampu membuka komputer riba dengan sangat pantas. Dengan menolak gelongsor peranti ini ke atas, kamera hadapannya mampu membuat pengecaman wajah dengan pantas untuk mengakses komputer riba menggunakan fungsi Dynamic Lock pada Windows 10.