Cipset Qualcomm Snapdragon 710 Dan 730 Berupaya Menyokong Tiga Kamera Untuk Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on Cipset Qualcomm Snapdragon 710 Dan 730 Berupaya Menyokong Tiga Kamera Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Trend penggunaan kamera dengan sokongan fungsi AI (Kecerdasan Buatan) kini tidak lagi terhad untuk peranti flagship sahaja kerana ia turut boleh ditemui pada peranti kelas pertengahan. Nampaknya peranti kelas pertengahan pada masa akan datang juga akan turut memperlihatkan sokongan konfigurasi tiga kamera.

Perkara ini telah disahkan selepas butiran terperinci berkaitan cipset kelas pertengahan terbaru keluaran dari Qualcomm iaitu Snapdragon 710 dan 730 mula tertiris di Internet. Melalui gambar yang diperolehi, kedua-dua cipset ini telah disahkan berupaya untuk menyokong tiga kamera yang mampu mencecah sehingga 32 Megapiksel.

Selain daripada konfigurasi tiga kamera, butiran lain yang berjaya didedahkan untuk cipset Qualcomm Snapdragon 710 adalah penggunaan proses Samsung 10nm LPE, pemproses 8 teras (2x Kryo3xx 2.2 GHz + 6x Kryo3xx 1.7 GHz, dan juga Bluetooth 5.0. Manakala Qualcomm Snapdragon 730 pula menggunakan proses Samsung 8nm LPP, pemproses 8 teras (2x Kryo4xx 2.3 GHz + 6x Kryo4xx 1.8 GHz), Bluetooth 5.1, dan juga mesin pembelajaran NPU 120. Kedua-dua cipset ini menyokong rakaman video berkualiti 4K 60fps, serta storan UFS 2.1 yang sangat pantas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend