Cipset Mercu MediaTek Helio P90 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 13 Disember Comments Off on Cipset Mercu MediaTek Helio P90 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 13 Disember

Hari ini pengeluar pemproses yang berasal dari Taiwan iaitu MediaTek telah mengumumkan untuk melancarkan cipset atau pemproses iaitu MediaTek Helio P90 pada 13 Disember nanti. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengurus Besar MediaTek Bahagian Komunikasi Tanpa Wayar iaitu TL Lee, selepas ditanya oleh media di India sempena majlis pelancaran peranti pertama dikuasakan dengan Helio P70 iaitu Realme U1 semalam.

Pelancaran cipset mercu Helio P90 ini secara tidak langsung mendedahkan bahawa MediaTek telah melangkau Helio P80 berikutan prestasi pada cipset baharu ini ternyata jauh lebih baik, dan bukan sekadar naik taraf biasa berbanding Helio P70. Menurut beliau lagi, Helio P90 yang menyokong cip dedikasi APU (AI Processing Unit) ini turut menjanjikan prestasi AI yang lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Kirin 980.

Majlis pelancaran MediaTek Helio P90 ini akan berlangsung di Shenzhen, China, pada 13 Disember nanti. Manakala peranti komersial pertama yang akan menggunakan cipset mercu ini akan mula diperkenalkan pada suku ke-2 tahun 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend