Cipset Kirin 820 Dikhabarkan Sedang Dibangunkan Menggunakan Proses 6nm Dan Teras Cortex-A77 Comments Off on Cipset Kirin 820 Dikhabarkan Sedang Dibangunkan Menggunakan Proses 6nm Dan Teras Cortex-A77

Tidak dinafikan lagi bahawa Kirin 810 berasaskan proses 7nm boleh dinobatkan sebagai cipset kelas pertengahan yang paling berkuasa, mengatasi cipset kelas pertengahan yang lain seperti MediaTek Helio G90T dan juga Qualcomm Snapdragon 730G. Diperkenalkan pada pertengahan bulan 2019, ada khabar angin yang mengatakan HUAWEI kini sedang membangunkan cipset terbaharu iaitu Kirin 820.

Cipset Kirin 820 dipercayai akan berasaskan teknologi proses 6nm daripada Samsung, dan juga teras utama daripada Cortex-A77. Kombinasi ini sekaligus mampu menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 16% jika dibandingkan dengan cipset Kirin 810 sebelum ini.

This slideshow requires JavaScript.

Menurut perkongsian portal mydrive, Kirin 820 berkemungkinan besar akan dihasilkan secara besar-besaran bermula suku kedua tahun 2020 nanti. Menariknya cipset kelas pertengahan daripada HUAWEI ini juga dijangka akan dilancarkan serentak dengan model siri HUAWEI Nova dan juga HONOR 10X.

Namun sama sepertimana nasib cipset Kirin 810 sebelum ini, ada kemungkinan besar peranti yang dikuasakan dengan cipset Kirin 820 juga tidak akan menerima sokongan Google Mobile Services (GMS).

Baca juga:

Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855

Cipset Kirin 810 (7nm) Berjaya Mengatasi Snapdragon 730 (8nm) Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend