Cipset Kirin 820 5G Diperkenalkan Dengan Peningkatan Prestasi AI Sehingga 73% Comments Off on Cipset Kirin 820 5G Diperkenalkan Dengan Peningkatan Prestasi AI Sehingga 73%

Di dalam acara pelancaran yang berlangsung semalam, cipset Kirin 820 5G yang merupakan versi peningkatan untuk cipset Kirin 810 turut diumumkan secara rasmi kepada umum. Bahkan HONOR 30S merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan cipset kelas pertengahan berprestasi tinggi ini.

Sebagaimana nama yang digunakan, Kirin 820 5G telah didatangkan dengan sokongan rangkaian 5G. Ia telah dibangunkan menggunakan proses 7nm dengan empat teras Cortex-A76 berkelajuan sehingga 2.36GHz dan juga empat teras Cortex-A55 berkelajuan 1.84GHz.

Apa yang menariknya, Kirin 820 5G kini telah menggunakan GPU Mali-G57 dengan sokongan enam teras yang mampu menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 38% berbanding Mali-G52 pada Kirin 810. Tidak cukup dengan itu, ia turut menyokong teknologi GPU Turbo dan juga Kirin Gaming 2.0.

Selain peningkatan prestasi CPU yang kini ditingkatkan sehingga 27%, Kirin 820 5G juga turut dilengkapi cip NPU dedikasi yang mampu meningkatkan prestasi AI sehingga 73% berbanding Kirin 810 sebelum ini.

Kirin 820 5G turut menyokong Kirin ISP 5.0 dengan teknologi pengurangan noise BM3D SLR pada imej dan video, dan juga keupayaan rakaman video 4K pada 60fps. Selain itu ia juga turut menyokong dwi mod SA/NSA 5G.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend