Cipset Kirin 810 (7nm) Berjaya Mengatasi Snapdragon 730 (8nm) Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu Comments Off on Cipset Kirin 810 (7nm) Berjaya Mengatasi Snapdragon 730 (8nm) Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu 441

Serentak dengan majlis pelancaran siri Nova 5 di China, Huawei turut memperkenalkan cipset 7nm keduanya dengan kehadiran Kirin 810. Dibangunkan khusus untuk telefon pintar daripada segmen pertengahan, Kirin 810 merupakan cipset yang menjanjikan prestasi AI yang lebih baik berbanding cipset mercu, termasuklah Snapdragon 855 dan juga Kirin 980 sendiri.

Menurut portal rasmi AnTuTu, Kirin 810 dengan 8 teras (2x 2.27GHz Cortex-A76 + 6x 1.88GHz Cortex-A55) dan GPU Mali-G52 MP6 (820MHz) ini telah berjaya mengatasi prestasi cipset kelas pertengahan terbaharu daripada Qualcomm. Melalui ujian yang dijalankan, Kirin 810 berjaya mencatatkan 237,437 poin, manakala Snapdragon 730 pula memperolehi 210,052 poin.

Kirin 810 yang menggunakan proses 7nm ini bukan sahaja 20% lebih efisien tenaga, tetapi ia juga mampu menyokong 50% kepadatan transistor, jika dibandingkan dengan cipset yang menggunakan proses 8nm. Secara keseluruhannya, ia dilaporkan mampu menjanjikan prestasi 13% lebih baik berbanding pesaingnya.

sumber

Baca juga:

Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend