Cipset Kirin 1020 Untuk Siri HUAWEI Mate 40 Didakwa Mampu Menjanjikan Prestasi 50% Lebih Berkuasa Comments Off on Cipset Kirin 1020 Untuk Siri HUAWEI Mate 40 Didakwa Mampu Menjanjikan Prestasi 50% Lebih Berkuasa

Berita mengenai ketirisan kewujudan cipset Kirin 1020 sebelum ini telahpun diperkatakan di Internet sejak pertengahan tahun ini lagi. Nampaknya berita mengenai cipset itu sekali lagi diperkatakan, selepas ketirisan terbaru yang dikongsikan di Internet telah mendedahkan bahawa Kirin 1020 itu akan tampil dengan nama kod ‘Baltimore’.

Sebagaimana yang didedahkan, Kirin 1020 sebelum ini ada dikhabarkan akan melangkau penggunaan teras Cortex-A77, dan sebaliknya akan terus menggunakan seni bina teras Cortex-A78 yang terbaharu. Berita ini dilihat seiring dengan laporan yang mendakwa bahawa cipset ini mampu menjanjikan 50% prestasi lebih berkuasa, berbanding cipset Kirin 990 pada siri Mate 30.

Kirin 1020 yang dibangunkan berasaskan daripada proses 5nm ini juga dipercayai akan diperkenalkan secara rasmi pada siri HUAWEI Mate 40 sekitar suku ketiga tahun depan.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899

Huawei Akan Hadir Dengan Cipset Kirin 1020 Yang Dua Kali Lebih Berkuasa Berbanding Kirin 970

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend