Cipset Empat Teras Qualcomm QM215 Akan Dibangunkan Khusus Untuk Telefon Pintar Bajet Comments Off on Cipset Empat Teras Qualcomm QM215 Akan Dibangunkan Khusus Untuk Telefon Pintar Bajet 273

Qualcomm boleh dianggap antara sebagai antara pengeluar cipset terbaik di pasaran baru-baru ini telah dilaporkan akan membangunkan cipset terbarunya khusus untuk telefon pintar bajet yang disasarkan untuk segmen kelas permulaan. Perkara ini berjaya didedahkan melalui pangkalan data import/eksport dan juga platform pembangunan Qualcomm.

Walau bagaimanapun cipset empat teras yang akan dikenali sebagai Qualcomm QM215 ini dilihat tidak lagi menggunakan nama ‘Snapdragon’ yang sememangnya sinonim dengan cipset keluaran Qualcomm. Ini jelas memperlihatkan bahawa Qualcomm mahu memperkenalkan cipset untuk pasaran baharu yang disasarkan untuk telefon pintar yang dijual pada harga rendah.

Setakat ini tiada banyak maklumat berhubung Qualcomm QM215 berjaya didedahkan, tetapi ia telah disakan akan dijana oleh CPU berkelajuan 1.3 GHz dan juga GPU dengan grafik 650 MHz. Jika dilihat pada prestasi, QM215 mungkin setanding dengan Snapdragon 410 dan Snapdragon 425, tetapi tidak diketahui ia akan dibangunkan berasaskan proses 28nm ataupun lebih baik.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend