Chrome Akan Menyekat Video Autoplaying Dengan Audio Pada Masa Akan Datang Comments Off on Chrome Akan Menyekat Video Autoplaying Dengan Audio Pada Masa Akan Datang

Pada tahun lepas Google telah mengumumkan akan mula menyekat video daripada dimainkan secara automatik pada pelayar web Chrome. Langkah itu sememangnya sangat dialu-alukan oleh pengguna kerana ia sangat menjengkelkan apabila setiap tab yang dibuka akan mengeluarkan bunyi secara serentak.

Menurut 9to5Google, Google dikatakan akan mengambil langkah yang lebih baik untuk menangani isu itu dengan menambah kriteria sama ada video itu boleh dimainkan secara automatik ataupun tidak. Antara kriteria yang ditetapkan adalah video yang akan dimainkan secara automatik itu perlulah dimatikan audionya ataupun tidak dimasukkan audio di dalamnya.

Ini bermakna video yang terdapat pada mana-mana laman web masih boleh dimainkan secara automatik, dengan syarat ia tidak memiliki audio. Apabila Google memperkenalkan ciri ini pada masa akan datang, pengguna Chrome tidak lagi akan dikejutkan dengan bunyi yang kuat jika speaker PC atau komputer riba berada pada tahap maksimum.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend