China Sekat Sementara Penggunaan Huruf ‘N’ Di Internet, Apa Sebabnya?! 0 126

Mungkin Internet boleh dianggap sebagai satu dunia tanpa sempadan kerana apa sahaja maklumat boleh dicari dengan mudah dan pantas. Tetapi disebabkan oleh itu jugalah, China baru-baru dilihat telah menyekat penggunaan huruf ‘N’ dalam Internet di negara itu.

Walau bagaimanapun, sekatan tersebut hanya akan dilaksanakan untuk sementara waktu sahaja. Langkah ini diambil oleh kerajaan di China bagi menyekat perbincangan dalam talian berhubung cadangan untuk memansuhkan had jangka untuk menjadi Presiden yang disuarakan oleh Parti Komunis China. Jika cadangan itu direalisasikan, Presiden Xi Jinping mempunyai kuasa untuk memegang jawatan tersebut tanpa had masa yang ditetapkan.

Presiden Xi Jinping Kredit gambar : AFP PHOTO / JOHANNES EISELE / Getty Images

Sebenarnya sekatan sebegini bukanlah sesuatu yang baru kerana China sememangnya terkenal dengan polisi Internet yang sangat ketat. Malah seperti yang kita ketahui, kerajaan negara itu juga sebelum ini telah menyekat semua aplikasi berkaitan Google seperti Play Store, Google Search, Gmail dan banyak lagi atas dasar privasi di Internet.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend