Cermin Mata Pintar Pertama Keluaran HUAWEI Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 6 September 2019 Comments Off on Cermin Mata Pintar Pertama Keluaran HUAWEI Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 6 September 2019

Serentak dengan pelancaran siri HUAWEI P30 pada April yang lepas, HUAWEI buat pertama kalinya turut memperkenalkan cermin mata pintar hasil kolaborasi bersama dengan jenama pengeluar cermin mata terkenal iaitu Gentle Monster.

Menariknya hari ini Gentle Monster telah mengesahkan ketersediaan jualan cermin mata pintar daripada HUAWEI itu di bawah siri ‘Gentle Monster X HUAWEI EYEWEAR’ yang akan dijual bermula 6 September 2019 nanti. Melalui kolaborasi tersebut, terdapat lima model akan ditawarkan iaitu Smart East Moon 01, Smart South Side 01, Smart ALIO 01, Smart ALIO C1 dan juga Smart Jack Bye 01.

 

Cermin mata pintar HUAWEI ini telah dilengkapi bateri berkapasiti 2200mAh, sokongan pembantu digital, NFC, pengecasan tanpa wayar, sambungan USB Type-C serta Bluetooth, dan juga menyokong ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP67. Tampil dengan rekaan tanpa butang fizikal, HUAWEI EYEWEAR menyokong rekaan bingkai dan lensa boleh tukar dengan antena, modul pengecasan, cipset, dwi mikrofon, speaker dan bateri terbina-dalam.

 

Harga jualan ‘Gentle Monster X HUAWEI EYEWEAR’:

  • Smart South Side 01 – CNY1,999 (~RM1,184)
  • Smart East Moon 01 – CNY2,499 (~RM1,480)
  • Smart ALIO 01 – CNY2,499 (~RM1,480)
  • Smart ALIO C1 – CNY2,499 (~RM1,480)
  • Smart Jack Bye 01 – CNY2,499 (~RM1,480)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend