CEO Samsung Dipercayai Sedang Menggunakan Samsung Galaxy Note 9?! Comments Off on CEO Samsung Dipercayai Sedang Menggunakan Samsung Galaxy Note 9?!

Pada awal bulan Julai yang lalu, ada pengeluar sarung pelindung dilihat telah mula mendedahkan rekaan Samsung Galaxy Note 9 melalui ketirisan imej di Internet. Walaupun model ini akan hanya dilancarkan secara rasmi kepada umum pada 9 Ogos 2018 nanti, kini buat pertama kalinya rekaan sebenar peranti flagship itu dilihat mula tertiris selepas ia dipercayai telah digunakan oleh CEO Samsung.

Imej yang telah dikongsikan oleh pengguna di Weibo ini sememangnya kelihatan tidak jelas, tetapi berdasarkan kepada rekaan potongan sarung pelindung pada bahagian kamera dan sensor pengimbas cap jari, ia jelas memperlihatkan rekaan baharu pada Galaxy Note 9. Ini kerana kedudukan sensor pengimbas cap jari pada Galaxy Note 9 kini telah dipindahkan pada bahagian bawah kamera.

Kesahihan penggunaan Galaxy Note 9 oleh CEO Samsung ini telah disahkan lagi melalui penggunaan stylus S Pen yang mengesahkannya sebagai model Galaxy Note. Berbeza dengan generasi Galaxy Note sebelum ini, Galaxy Note 9 dikatakan menyokong S Pen dengan sambungan Bluetooth.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend