CEO realme Sahkan Sokongan 60x Zoom Dan ‘Starry Mode’ Pada realme X3 SuperZoom Comments Off on CEO realme Sahkan Sokongan 60x Zoom Dan ‘Starry Mode’ Pada realme X3 SuperZoom

Sebagaimana yang kita sedia maklum, realme bakal hadir dengan satu lagi model mercu terbaharunya iaitu realme X3 SuperZoom. Berdasarkan ketirisan yang dikongsikan sebelum ini, ia akan hadir dengan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Menariknya baru-baru ini CEO realme sendiri telah mengesahkan bahawa realme X3 SuperZoom akan dilengkapi dengan keupayaan zum sehingga mencecah 60x. Pendedahan ini secara tidak langsung memberikan klu bahawa peranti ini menyokong lensa jenis periskop dengan 6x zum optikal.

Berdasarkan pendedahan itu juga, realme X3 SuperZoom akan turut dilengkapi dengan ciri ‘Starry Mode’ dan ini telah dikongsikan melalui gambar Bima Sakti (Milky Way) yang dimuat naik di ciapan CEO realme itu sendiri.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend