CEO Huawei Mengesahkan Kemunculan Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Rangkaian 5G Pada Tahun Hadapan Comments Off on CEO Huawei Mengesahkan Kemunculan Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Rangkaian 5G Pada Tahun Hadapan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei sebelum ini telah dilaporkan akan berusaha untuk menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia tampil dengan telefon pintar boleh lipat. Kini berita yang didedahkan oleh ETNews itu telah disahkan benar apabila CEO Huawei sendiri telah mengeluarkan kenyataan selepas majlis pelancaran rasmi siri Huawei Mate 20 baru-baru ini.

Imej paten telefon pintar boleh lipat dengan sokongan rangkaian 5G oleh Huawei.

Menurut Richard Yu, Huawei kini sedang berusaha dalam menghasilkan telefon pintar boleh lipat yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Lebih menariknya beliau turut memberi klu awal bahawa peranti tersebut akan dibangunkan berasaskan daripada model Huawei Mate 20 X.

Huawei sebelum ini dilaporkan akan menggunakan paparan OLED fleksibel yang dihasilkan oleh BOE (Beijing Oriental Electronics).

Huawei dijangka akan tampil dengan telefon pintar boleh lipat dengan rangkaian 5G ini menjelang tahun 2019 nanti, tetapi buat masa ini masih belum dapat disahkan lagi garis masa untuk mereka memperkenalkannya kepada umum. Selain Huawei, Samsung juga turut dikhabarkan sedang berusaha keras untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipatnya yang juga akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend