Celcom Xpax Perkenal Pas Internet Baharu Dengan Kuota Internet 48GB Pada Harga RM38 Sebulan Comments Off on Celcom Xpax Perkenal Pas Internet Baharu Dengan Kuota Internet 48GB Pada Harga RM38 Sebulan

Hari ini Celcom Xpax telah melancarkan pas Internet baharu bagi membolehkan pelanggannya menikmati kuota Internet bulanan sebesar 48GB pada harga hanya RM38 sebulan. Menariknya pelanggan Celcom Xpax juga boleh memilih untuk melanggan pas Internet mingguan pada harga hanya RM12 dengan tawaran kuota Internet sebesar 18GB.

Tidak cukup dengan itu, tawaran istimewa ini turut menawarkan data Internet Hotspot percuma sebanyak 3GB untuk pas bulanan dan juga 1GB untuk pas mingguan. Malah data Internet Hotspot boleh ditambah pada kadar yang sangat berbaloi iaitu RM1 untuk 1GB (1 hari) ataupun RM3 untuk 5GB (3 hari).

Pelanggan Celcom Xpax juga boleh melanggan Ultra Hour Pass untuk tempoh tiga jam pada harga hanya RM2, 12 jam pada harga RM5, ataupun RM8 untuk tempoh 24 jam.

Setiap pembelian pek prabayar Celcom Xpax bernilai RM10 akan turut menikmati Internet 10GB berkelajuan tinggi untuk Facebook, Instagram, dan juga Games Walla untuk permainan mudah alih. Manakala untuk lebih Internet, pelanggan juga boleh melanggan pas Internet yang turut termasuk Free Unlimited YouTube bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi, dan juga akses VIP untuk iFlix.

Baca juga:

Celcom Menerima Anugerah Kecemerlangan Untuk Rangkaian Dan Khidmat Pelanggan Terbaik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend