Celcom Tawar Ganjaran Khas Untuk Pengguna Prabayar Dan Pascabayar Sehingga 31 Mac 2020 Comments Off on Celcom Tawar Ganjaran Khas Untuk Pengguna Prabayar Dan Pascabayar Sehingga 31 Mac 2020

[KEMAS KINI, 26 Mac 2020] *Berikutan daripada lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia, Celcom turut melanjutkan tawaran ini sehingga 14 April 2020.

Dalam usaha untuk mengurangkan penularan jangkitan virus COVID-19 yang semakin teruk melanda negara, kerajaan Malaysia telahpun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga *31 Mac 2020.

Sepanjang tempoh ini, Celcom telah menjalankan tanggungjawab bersama untuk menggalakkan orang ramai agar sentiasa berada di rumah. Jadi bagi memastikan penggunanya sentiasa terhubung, Celcom telah menawarkan ganjaran khas khusus untuk pengguna prabayar dan pascabayar seperti berikut:

1. Sambungan PERCUMA Tanpa Had untuk prabayar dan pascabayar (*sehingga 31 Mac 2020)

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Celcom akan memastikan pengguna pelanggannya untuk kekal terhubung terutamanya bagi mereka yang bekerja dari rumah. Bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang, pengguna Celcom boleh sentiasa menghubungi ahli keluarga ataupun rakan sekerja menggunakan aplikasi permesejan WhatsApp (termasuk chat, panggilan suara dan panggilan video) secara percuma dan tanpa had.

Malah urusan kerja juga dapat dilaksanakan dengan lebih mudah terus dari rumah dengan akses Internet tanpa had Microsoft Office 365 percuma bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Ini secara tidak langsung mampu memastikan urusan kerja anda tidak tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Sekiranya pengguna Celcom memiliki sebarang pertanyaan lanjut ataupun ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung COVID-19, kini anda boleh menikmati panggilan percuma ke talian hotline cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara dan juga talian hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Talian hotline KKM , CPRC Kebangsaan atau Movement Control Order (MCO) hotline:

  • CPRC (Crisis Preparedness Response Centre): 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700
  • Movement Control Order (MCO): 03-88882010
  • Cawangan KKM:
    • Perlis (04-9760712)
    • Kedah (04-7741174)
    • Pulau Pinang (04-2629902)
    • Perak (05-2433962)
    • Selangor (03-51237366 / 03-51237367)
    • WP Kuala Lumpur & Putrajaya (03-26983757 / 03-22687301)
    • Negeri Sembilan (06-7641326)
    • Melaka (06-2345999 / 06-2883019)
    • Johor (07-238 2217)
    • Pahang (09-570 7910 / 09-570 7914 / 09-570 7909)
    • Terengganu (09-6229775 / 09-6353752)
    • Kelantan (09-747 2089)
    • Sabah (088-219455 / 088-512531 / 088-512533)
    • Sawarak (082-443248)
    • WP Labuan (087-596160)

Bahkan Celcom juga turut menawarkan akses percuma ke laman sesawang KKM (www.moh.gov.my/).

2. Tempoh sambungan Ultra Hour Pass berganda untuk prabayar (*sehingga 31 Mac 2020)

Memandangkan kebanyakan masa dihabiskan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Celcom Xpax turut menjanjikan tempoh sambungan Internet tanpa had yang lebih lama kepada penggunanya dengan memanjangkan tempoh Ultra Hour Pass berharga RM2 sehingga 6 jam, berbanding hanya 3 jam sebelum ini. Sila dapatkan maklumat lanjut dari Celcom Life App.

3. Celcom MEGA dengan diskaun sebanyak 50% (*sehingga 31 Mac 2020)

Bagi pengguna pelan pascabayar Celcom MEGA pula, kini anda boleh membuat langganan data Internet tanpa had yang lebih berbaloi dengan pemberian diskaun 50% untuk langganan pakej UNLIMITED Internet Pass.

  • UNLIMITED L
    • Internet tanpa had
    • Penstriman video HD penuh
    • 10GB hotspot bulanan
  • UNLIMITED M
    • Internet tanpa had
    • Penstriman video HD
    • 5GB hotspot bulanan

Menariknya Celcom turut menawarkan diskaun 50% untuk Family Line sehingga 3 talian tambahan. Dengan hanya RM20 bagi setiap talian tambahan, pengguna akan turut menerima 15GB data Internet dan juga panggilan tanpa had. Ini sememangnya sangat penting terutamanya bagi anda yang berjauhan dengan ahli keluarga dan mahu sentiasa berhubung dengan yang tersayang.

Pembelian kedua-dua pakej istimewa ini ini boleh dibuat terus melalui kedai atas talian Celcom di https://www.celcom.com.my/.

4. Pakej hiburan Walla untuk hiburan tanpa henti

Masa terluang di rumah kini dapat diisi dengan tawaran menarik yang disediakan oleh Celcom. Ini termasuklah pakej Video Walla pada harga serendah RM2 sehari, pakej Music Walla tanpa had berharga RM3 sebulan, dan juga pakej Games Walla pada harga serendah RM2 sehari.

Menariknya kesemua tawaran menarik daripada Celcom ini boleh dilanggan atau diaktifkan dengan lebih selamat di rumah melalui tiga saluran berbeza seperti berikut:

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung sokongan Celcom terhadap COVID-19, sila layari www.celcom.com.my/personal/covid-19-support.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sehingga *31 Mac 2020 nanti, setiap individu perlu menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam membendung penularan COVID-19.

Antara tindakan-tindakan yang harus diambil oleh setiap rakyat Malaysia bagi mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19 kita boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Amalkan tahap kebersihan optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Sentiasa mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin, dan terus membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Segera dapatkan rawatan jika mengalami gejalan jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan / atau sakit tekak.

*Penafian: Advertorial daripada Celcom



Previous ArticleNext Article

Send this to a friend