Celcom Tawar 100,000 Telefon Pintar Percuma Dan Acara Jualan Atas Talian Sempena Ramadan Dan Raya Comments Off on Celcom Tawar 100,000 Telefon Pintar Percuma Dan Acara Jualan Atas Talian Sempena Ramadan Dan Raya

Dalam usaha membantu rakyat Malaysia mengharungi pandemik COVID-19 dalam bulan Ramadan yang mulia dan Aildilfitri yang bakal menjelma, Celcom Axiata Berhad telah menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggannya.

Ketika berada dalam waktu mencabar ini, Celcom akan mendekati rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai tips perayaan untuk memeriahkan Ramadan dan Raya kali ini. Pelanggan boleh menikmatinya melalui pautan www.celcom.com.my/personal/ramadan-raya-2020.

Mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020, Celcom menawarkan pelanggan baru dan sedia ada dengan peluang untuk memiliki pelbagai telefon pintar percuma daripada pelbagai jenama peranti di pasaran, dengan RM0 bayaran pendahuluan.

Sebanyak 100,000 telefon pintar seperti Oppo A12, Samsung Galaxy A51, iPhone 7 Plus, Huawei Nova 5T dan banyak lagi ditawarkan, dan ia boleh dimiliki apabila pelanggan mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar Celcom MEGA Lightning (M, L & XL).

Selain itu, pelanggan tidak perlu bimbang terlepas peluang untuk merebut pelbagai tawaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan kerana Celcom akan mendekati mereka secara digital melalui acara jualan atas talian Celcom, #CelcomSale melalui Facebook Live.

Video secara langsung di laman Facebook Celcom ini akan menawarkan lebih banyak hadiah dan ganjaran untuk pelanggan yang melakukan pembelian melalui Celcom Online Shop atau ejen media sosial Celcom.

Sebagai tambahan, Celcom turut menyediakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pascabayar dan prabayar dalam tempoh ini:

  • 1 Mei 2020 hingga 24 Jun 2020 – Sentiasa ikuti perkembangan terkini dengan kandungan Nak Hadiah Raya melalui kod USSD *118*9# yang meliputi akses percubaan PERCUMA 1 minggu bagi Muslim Kids TV, 3 buah lagu Ramadan atau Raya dan banyak lagi kandungan digital Raya.
  • Potongan 50% bil pascabayar Celcom MEGA dan talian keluarga selama tiga bulan – rebat ditawarkan kepada pendaftaran baru Celcom MEGA dengan mana- mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop. Tawaran sah sehingga 31 Mei 2020.
  • 1 Mei 2020 – 30 Jun 2020 – tawaran atas talian eksklusif bagi prabayar:
    • Pek Celcom Xpax SIM kini tersedia di Celcom Online Shop
    • Nikmati pulangan tunai 10% bagi semua pas Internet sehingga 31 Disember 2020
    • Penghantaran kad SIM percuma ke rumah anda.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend