Celcom Perkenal Pelan Pascabayar XP Lite, Panggilan Tanpa Had Bermula RM28 Sebulan Comments Off on Celcom Perkenal Pelan Pascabayar XP Lite, Panggilan Tanpa Had Bermula RM28 Sebulan

Selaras dengan perkembangan terkini dan bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang mencari lebih nilai penggunaan dengan pilihan plan kemudahan internet yang lebih fleksibel, bermula hari ini, 19 September 2019, Celcom Xpax pelan pascabayar terkini dan berpatutan, ‘XP Lite™’ menawarkan pelanggan pilihan untuk memilih pas penggunaan yang lebih banyak internet serta nikmati ganjaran lebih besar bersama rangkaian 4G LTE terbaik.

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite™ pada RM28, bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet 1GB sebulan. Untuk lebih banyak penggunaan internet, pelanggan boleh ‘SIZE UP’ atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) iaitu tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan. Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass ™ dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.

Tambahan lagi, pelanggan yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite™ selama enam bulan secara berterusan, akan diberi ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass™ Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla ™.Ganjaran ini akan diberi pada penggunaan bulan ke-7 dan seterusnya.

Pelanggan XP Lite™ dengan pas L juga boleh memiliki OPPO A1K secara PERCUMA, sementara stok masih ada, atau telefon pintar pilihan mereka seperti Nubia Red Magic 3, Vivo Y17, Vivo Y19C dan OPPO A5 dengan harga serendah RM99.

Selain itu, bersempena pelancaran XP Lite™, Celcom Xpax telah bekerjasama dengan rakan FnB terkini yang dipilih untuk menawarkan pelanggan ‘SIZE UP’ atau tambahan PERCUMA untuk pesanan mereka, pada setiap hari Khamis setiap dua minggu, bermula dari 3 Oktober hingga 28 November 2019. Dapatkan maklumat kedai rakan FnB yang mengambil bahagian dan tawaran UP SIZES PERCUMA di Facebook Celcom Xpax.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend