Celcom Perkenal Ejen Maya Pintar Menggunakan Teknologi AI Dari Microsoft Untuk Melayani Pelanggan Comments Off on Celcom Perkenal Ejen Maya Pintar Menggunakan Teknologi AI Dari Microsoft Untuk Melayani Pelanggan

Celcom hari ini telah melancarkan perkhidmatan terbarunya dengan Ejen Maya Pintar yang menggabungkan kecanggihan teknologi AI (Kecerdasan Buatan) dan juga teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk melayani pelanggannya. Melalui kecanggihan perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Asia, Celcom memperkenalkan dua karakter yang hadir dengan personaliti berbeza iaitu Clive dan Emma.

Kedua-dua Ejen Maya Pintar ini boleh berinteraksi dengan pelanggan berhubung pertanyaan dan juga transaksi pada bila-bila masa iaitu 24 jam sehari. Sokongan mesin pembelajaran, AI dan juga Language Understanding Intelligent Service (LUIS) dari Microsoft, Clive dan Emma berupaya mengenalpasti soalan secara automatik dan ia akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pengalaman Celcom, Rene Werner membuat penerangan berhubung perkhidmatan Ejen Maya Pintar.

Bermula hari ini, Clive dan Emma akan mula beroperasi di bahagian Khidmat Pelanggan Atas Talian di Celcom bagi memberi maklum balas  yang cepat dan menarik kepada pelanggan seperti berikut:

  • Prabayar – memeriksa baki dan tambah nilai, penggunaan data, perkhidmatan nilai tambah dan internet mudah alih.

  • Pascabayar – Memeriksa perincian bil, membayar bil, memeriksa penggunaan data, perkhidmatan nilai tambah dan internet mudah alih.

  • Soalan lazim utama dan cadangan pelan.

  • Perayauan data dan suara.

  • Memeriksa rakan perayauan.

  • Perbualan ringan dan karakter.

  • Keupayaan untuk menyerahkan panggilan kepada agen sebenar.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend