Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Terus Ke Pintu Rumah Kepada OKU Comments Off on Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Terus Ke Pintu Rumah Kepada OKU 264

Selari dengan seruan kerajaan yang mahukan syarikat telco membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Celcom Axiata Berhad hari ini telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan istimewa kepada pelanggan OKU mereka.

Kini pelanggan OKU akan diberi keutamaan apabila berada di bluecube, menghantar wakil untuk berurusan, atau mendapatkan perkhidmatan terus ke pintu rumah. Menariknya, Celcom juga akan memberikan rebat sebanyak RM10 setiap bulan untuk bil pascabayar Celcom atau Xpax mahupun pelan jalur lebar Celcom Home Wireless.

Perkhidmatan ke rumah:

  • Orang Kelainan Upaya boleh meminta perjumpaan di rumah dengan menghubungi talian 1111 atau 019-6011111, laman rasmi Celcom atau platfom media sosial.
  • Wakil perkhidmatan pelanggan Celcom akan ditugaskan untuk hadir ke rumah pelanggan (dalam jarak lingkungan 25km dari Celcom bluecube terdekat).

Keutamaan di Celcom bluecube:

  • Petugas perkhidmatan pelanggan akan melayani pelanggan secepat mungkin atau terus ke kaunter tanpa perlu beratur.
  • Perkhidmatan disediakan di tempat yang bersesuaian (di dalam bluecube) mengikut kehendak pelanggan.

Wakil dari kalangan keluarga atau rakan:

  • Pelanggan OKU boleh menghantar wakil dari kalangan keluarga atau rakan untuk berurusan di Celcom bluecube
  • Wakil perlu menunjukkan surat kebenaran, kad OKU, dan salinan kad pengenalan (IC) diri dan OKU.

Perkhidmatan istimewa ini sekaligus dapat memudahkan para pelanggan OKU yang mana selepas ini mereka tidak perlu lagi bersusah payah mengharungi kesesakan dan menunggu lama nombor giliran di kaunter.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend