Celcom Memenangi Anugerah Liputan Rangkaian 4G Paling Luas Dan Kelajuan Muat Naik Terbaik Di Malaysia – Opensignal Comments Off on Celcom Memenangi Anugerah Liputan Rangkaian 4G Paling Luas Dan Kelajuan Muat Naik Terbaik Di Malaysia – Opensignal 496

Celcom Axiata Berhad baru-baru ini telah menerima anugerah yang dipersembahkan oleh Opensignal, selepas berjaya menduduki di tangga teratas untuk kategori liputan rangkaian 4G paling luas dan juga pengalaman kelajuan muat naik terbaik di Malaysia.

Kejayaan Celcom ini telah dibentangkan oleh Opensignal melalui laporan¬†‘Mobile Network Experience: Malaysia’¬†pada April 2019, dan laporan yang diukur melalui analisis bebas ini telah direkodkan pada 1 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019 yang lalu.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Opensignal, Celcom telah menerima skor sebanyak 86.8% untuk ketersediaan liputan rangkaian 4G di negara ini, manakala kelajuan muat naik puratanya pula telah berjaya mencatatkan sambungan 6.3Mbps. Selain itu, Celcom turut mencatatkan skor keseluruhan untuk pengalaman video pada 61.2 poin, dan purata kelajuan muat turun sekitar 14.7Mbps.

Baca juga:

Celcom Dan Huawei Jalin Kerjasama Untuk Memperkenalkan @celcom – Hab Inovasi 5G

Celcom Janji Pengalaman Penstriman Video HD Bertaraf 4 Bintang Dengan Pengalaman Digital Terbaik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend