Celcom Beri Internet Tanpa Had Percuma Pada 1 Januari Comments Off on Celcom Beri Internet Tanpa Had Percuma Pada 1 Januari

Celcom memulakan tahun 2019 dengan memberikan internet percuma kepada para pelanggannya esok, 1 Januari 2019.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Celcom Life, anda boleh menebus internet percuma tanpa had ini sebelum 1 Jan (11.59 malam).

Internet percuma tanpa had yang diberikan hanya boleh digunakan pada jam 1 pagi hingga 7 pagi, 1 Januari 2019 iaitu hanya 6 jam sahaja.

Cara untuk menebusnya adalah anda perlu ke halaman Menu > Privileges > Free Internet On Us.

Dengan penawaran ini, anda mungkin dapat melakukan penjimatan ke atas kuota bulanan sedia ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend