Carousell Raikan Ulang Tahun Ke-7 Dengan Antaramuka Baharu Dan Lebih 250 Juta Produk Disenaraikan Comments Off on Carousell Raikan Ulang Tahun Ke-7 Dengan Antaramuka Baharu Dan Lebih 250 Juta Produk Disenaraikan 141

Carousell yang merupakan antara platform e-dagang mudah alih yang diklasifikasikan terbesar dan paling pantas berkembang, baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-7 dengan pelancaran antaramuka baharu untuk aplikasi mudah alih. Penjanaan semula identiti visual pada aplikasi ini secara tidak langsung menandakan perkembangan dan juga pertumbuhan jenama ini.

Selain melancarkan antaramuka baharu, Carousell turut mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencatatkan lebih daripada 250 juta penyenaraian produk di platform e-dagang tersebut. Ia terdiri daripada pelbagai produk seperti barangan umum, hartanah dan juga otomobil di enam pasaran.

Dengan lebih 300 penjual yang diklasifikasikan dalam tujuh kategori produk berbeza, ia secara tidak langsung mampu menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih pelbagai kepada pengguna.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend