Carousell Lancar Bazar Ramadan Atas Talian – Dinamakan #TetapBuka Comments Off on Carousell Lancar Bazar Ramadan Atas Talian – Dinamakan #TetapBuka

Carousell hari ini mengumumkan pelancaran Bazar Ramadan Online #TetapBuka, menawarkan sebuah platform kepada pemilik perniagaan tempatan untuk menjual barangan makanan mereka semasa bulan puasa ini.

#TetapBuka yang dianjurkan adalah bertujuan menggalakan rakyat Malaysia menyokong pertubuhan F&B yang lebih kecil di kawasan mereka, terutama sekali ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana penjual tidak dapat membuka gerai fizikal di Bazar Ramadan.

Dengan menggunakan ciri saringan yang tersedia dalam aplikasi, pengguna dapat senarai pendekkan penjual makanan yang berdekatan mengikut lokasi pengguna iaitu dalam jarak sekitar 10 kilometer.

Melalui kerjasama dengan Unilever Food Solutions, Carousell dapat menghubungkan ribuan perniagaan F&B ke dalam bazar atas talian ini. Proses onboarding akan memastikan bahawa pemilik perniagaan yang belum pernah beroperasi dalam talian mampu disenaraikan dalam Carousell supaya lebih diketahui orang awam.

Dengan penyenaraian Carousell, pemilik F&B dapat menyediakan perkhidmatan bungkus mengikut permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen oleh vendor luar. Secara tidak langsung Carousellers dapat menyokong pertubuhan F&B tempatan yang berada dekat dengan anda.

Pemilik F&B yang berminat untuk menyertai Carousell boleh mengikuti panduan mudah ini di https://my.carousell.com/s/tetapbuka-let-s-support-our-local-f-bs-11742

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend