
Penat je tangkap gambar cantik-cantik tapi lepas share kat WhatsApp kena compress / mampat. Kualiti dan details gambar pun kurang banyak dari fail asal. Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk melihat perbezaan di antara fail imej yang termampat dan fail asal.
Dengan jelas kita boleh lihat perbezaan kualiti di dalam gambar contoh di atas, fail asal mempunyai lebih butiran dan fail termampat sudah hilang butiran dan berpiksel. Fail yang mempunyai butiran maksimum lebih mudah di-edit dan akan menghasilkan imej akhir yang lebih baik. Emel, storan cloud dan peranti stor fizikal merupakan cara tipikal untuk berkongsi fail gambar, namun cara-cara ini agak leceh berbanding perkongsian melalui aplikasi seperti WhatsApp.
Namun WhatsApp akan memampatkan gambar apabila ia dihantar dari satu pengguna ke pengguna lain. Jadi harini TeknoRatz share teknik menghantar gambar tanpa dimampatkan.





