‘Call of Duty: Mobile’ Versi Rasmi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada Peranti Android Dan iOS Comments Off on ‘Call of Duty: Mobile’ Versi Rasmi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada Peranti Android Dan iOS 176

Seperti yang telah dijanjikan, akhirnya permainan ‘Call of Duty: Mobile’ kini sudahpun dilancarkan secara rasmi hari ini (1 Oktober 2019). Tersedia untuk peranti Android dan iOS, ia merupakan permainan yang berkonsepkan ‘Battle Royale’ yang diadaptasikan daripada permainan PC yang sangat popular.

Bakal memberikan persaingan kepada judul permainan mudah alih sedia ada seperti PUBG Mobile, Fortnite dan juga Garena Free Fire, Call of Duty: Mobile telah menampilkan pelbagai mod permainan. Antaranya termasuklah 5V5 team deathmatch, Frontline, Free for all, Search and Destroy, Sniper Battle, dan juga Battle Royale.

Permainan ‘Call of Duty: Mobile’ yang memiliki saiz fail sebesar 1.04GB ini sudahpun boleh dimuat turun secara rasmi di Google Play Store dan Apple App Store bermula malam tadi (30 September 2019).

Muat turun ‘Call of Duty: Mobile’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend