Call of Duty: Mobile Kini Telah Dimuat Turun Lebih 100 Juta Kali Pada Minggu Pertama Pelancarannya Comments Off on Call of Duty: Mobile Kini Telah Dimuat Turun Lebih 100 Juta Kali Pada Minggu Pertama Pelancarannya 96

Dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober lepas, permainan ‘Call of Duty: Mobile’ telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif apabila lebih 100 juta kali telah dimuat turun pada minggu pertama pada peranti iOS dan juga Android.

Apa yang pasti jumlah muat turun yang dicatatkan oleh permainan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan permainan battle-royale yang lain seperti PUBG Mobile sebanyak 26.3 juta, Fortnite sebanyak 22.5 juta, dan juga Apex Legends sebanyak 25 juta kali muat turun pada minggu pertama dilancarkan.

Berdasarkan angka muat turun tersebut, 17% daripada jumlah muat turun telah dilakukan oleh pemilik peranti iOS dan Android di Amerika Syarikat. Manakala pemilik peranti kedua-dua platform di India pula telah mencatatkan angka muat turun kedua tertinggi. Angka ini sudah tentunya akan melonjak lebih tinggi memandangkan ‘Call of Duty: Mobile’ belum lagi dilancarkan di China.

sumber

Baca juga:

‘Call of Duty: Mobile’ Versi Rasmi Kini Sudah Boleh Dimainkan Pada Peranti Android Dan iOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend