Caj RM35 Untuk Pemasangan Tag RFID Bermula 15 Feb Ini Comments Off on Caj RM35 Untuk Pemasangan Tag RFID Bermula 15 Feb Ini

Sehingga kini lebih 1 juta pengguna jalan raya telah mendaftarkan diri dalam program perintis RFID di Malaysia. RFID atau sistem pembayaran tol yang menggunakan tag pelekat ini bagaimanapun akan mula dikenakan cas kepada pengguna baharu bermula 15 Februari 2020.

Menurut TNG, cas RM35 untuk RFID dipromosikan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati pengalaman mobilti masa hadapan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Bayaran RM35 juga meliputi penggantian kali pertama pada kenderaan sama (tiada tamat tempoh) sekiranya tag pelekat tersebut rosak mahupun dicuri.

Dari 15 Feb hingga 15 April 2020, pengguna baharu RFID berpeluang untuk memenangi kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM2500 melalui kempen yang dinamakan ‘Ultimate RFID Toll Pass‘. Seramai 5 pemenang akan dipilih setiap minggu.

TNG juga bercadang untuk memperluaskan sistem RFID di stesen minyak (pengisian petrol), parkir kereta, dan premis pandu lalu. Penawaran di beberapa kawasan ini akan dilaksanakan secara berperingkat menjelang suku pertama tahun 2021.

Setakat ini, terdapat 70.5 juta kenderaan di seluruh dunia yang menggunakan teknologi RFID. Kadar jualan tag RFID dijangka akan meningkat secara kompaun tahunan sebanyak 7% antara 2017-2022. Kadar pertumbuhan ini didorong oleh pengguna terutamanya di Asia Pasifik.

RFID kini tersedia untuk semua kenderaan kelas 1 di lebuhraya berikut:

  1. Ampang – Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  2. Besraya Expressway (BESRAYA)
  3. Butterworth – Kulim Expressway (BKE)
  4. Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  5. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  6. Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  7. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  8. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  9. Jambatan Kedua (JKSB)
  10. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  11. Shah Alam Expressway (KESAS)
  12. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  13. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  14. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  15. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) (Plaza Ampangan sahaja)
  16. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  17. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  18. Maju Expressway (MEX)
  19. New Pantai Expressway (NPE)
  20. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
    • Plaza Tol Mambau
    • Plaza Tol Plaza Lukut
    • Plaza Tol Plaza Kempas
    • Plaza Tol Plaza Lima Kedai
    • Plaza Tol Perling
    • Plaza Tol Tanjung Kupang
    • Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar
    • Plaza Tol Jitra
  21. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  22. SMART Highway (SMART)
  23. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend