Cahaya Biru Dari Skrin Telefon Pintar Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Prostat Dan Payudara Comments Off on Cahaya Biru Dari Skrin Telefon Pintar Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Prostat Dan Payudara

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diterajui oleh Institut Barcelona, cahaya biru yang dihasilkan oleh paparan skrin telefon pintar, tablet, ataupun cahaya lampu jalan LED dikatakan boleh meningkatkan risiko kanser prostat ataupun kanser payudara.

Menurut kajian, pengguna yang terdedah terlalu lama pada cahaya biru yang tinggi adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk terkena kedua-dua kanser ini. Bahkan sebelum ini juga ada laporan yang telah mengesahkan bahawa pendedahan terhadap cahaya biru boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Penggunaan telefon pintar ketika hendak tidur di dalam bilik yang gelap sepatutnya dielakkan.

Malah cahaya biru juga sebelum ini telah disyaki menjadi sebab utama pekerja yang bekerja pada syif malam terdedah dengan risiko kanser yang tinggi kerana mereka dilihat terdedah lebih lama pada pencahayaan buatan. Cahaya biru yang memiliki wavelenght yang paling pendek ini dikatakan akan menyekat penghasilan melatonin yang memainkan peranan penting dalam mengawal kitaran badan.

Kebanyakan telefon pintar moden sudah dilengkapi dengan fungsi penapisan cahaya biru.

Ini secara tidak langsung akan mengganggu hormon di dalam badan,dan kanser prostat dan kanser payudara sememangnya berkaitan rapat dengan hormon.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend