Butang Suis Tema Gelap Untuk Google Play Store Bakal Muncul Tidak Lama Lagi Comments Off on Butang Suis Tema Gelap Untuk Google Play Store Bakal Muncul Tidak Lama Lagi

Ciri utama yang diketengahkan dalam Android 10 adalah tema gelap pada sistem antaramuka. Seperti Google Play Store, aplikasi ini hanya akan digelapkan sekiranya pengguna menghidupkan tema gelap di bahagian tetapan peranti.

Menurut laporan terbaru, tidak lama lagi pengguna bakal menerima butang suiz untuk menghidupkan/mematikan mod gelap terus dari aplikasi. Ini bermakna pengguna boleh menggunakan tema gelap walaupun sistem peranti dalam keadaaan mod terang.

Buat masa ini, ia mula dilihat pada segelintir pengguna sahaja. Tiada bantuan fail APK untuk anda mencubanya memandangkan ciri ini datang dari sistem pelayan Google itu sendiri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend