Butang Suis Mod Gelap/Cerah Pada Google Play Store Diperkenalkan Untuk Semua Versi Android Comments Off on Butang Suis Mod Gelap/Cerah Pada Google Play Store Diperkenalkan Untuk Semua Versi Android

Google sebelum ini telahpun memperkenalkan sokongan mod gelap melalui kemas kini Android 10. Malah Google juga turut menawarkan sokongan butang khas untuk penukaran mod gelap pada aplikasi yang dibangunkannya, termasuklah Google Files, Duo, Photos dan banyak lagi.

Bagi memastikan sokongan mod gelap pada aplikasi Play Store boleh dinikmati oleh semua versi Android, Google kini telah mengumumkan sokongan butang penukaran mod gelap atau mod cerah yang tersedia dalam menu tetapan aplikasi tersebut.

Ini bermakna, peranti Android yang dioperasikan dengan versi Android 9 Pie dan versi terdahulu turut boleh mengaktifkan mod gelap pada aplikasi Play Store dengan mengaktifkan mod itu secara manual.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend