Bukan Masalah Hidung Kembang, Gambar Selfie Yang Salah 0 231

Aku baru je tahu yang ni merupakan isu yang besar di kalangan kaki selfie. Aku tak tahu sebab aku tak selfie.

Rupa-rupanya banyak kaki selfie yang merasakan gambar muka mereka tak cantik/hensem. Menurut American Academy of Facial Plastic and Reconstructive Surgery, di Amerika Syarikat isu ini menyebabkan ramai orang pergi ke pusat pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik/hensem ketika ber-selfie.

Paskhover, yang berkhidmat di Rutgers New Jersey Medical School menjalankan eksperimen selfie dan mendapati bahawa gambar selfie tidak menunjukkan struktur sebenar wajah seseorang. Lebih menarik apabila hasil kajiannya mendapati hidung wanita nampak 29 peratus lebih besar di dalam gambar selfie, manakala bagi lelaki yang mengambil selfie, hidung mereka nampak 30 peratus lebih besar dari saiz sebenar, woww

Jadi bukan korang tak cantik sebenarnya, hidung je nampak besar sikit dalam gambar. So pakai lah apps untuk edit yer…atau lebih baik kurangkan ber-selfie.

Korang boleh baca hasil kajian di laman ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend