Boost Tawar Manfaat Lebih Banyak Melalui Inisiatif eTunai Rakyat Comments Off on Boost Tawar Manfaat Lebih Banyak Melalui Inisiatif eTunai Rakyat

Kerajaan telah mula mengagihkan inisiatif eTunai Rakyat sejak kelmarin melalui tiga platfom eDompet iaitu Touch n’ Go eWallet, GrabPay, dan Boost.

Setiap satu pengendali dompet digital ini menawarkan manfaat yang berlainan. Ada yang memberi pulangan tunai dan ada juga yang menawarkan baucar serta promosi eksklusif.

Untuk Boost, pengguna yang membuat tuntutan eTunai Rakyat berpeluang memenangi kredit tambahan sehingga RM8888 melalui permainan yang dinamakan Shake Reward.

Melalui permainan ini juga, rakan kami di TeknoRatz telah berjaya memperolehi kredit RM8 malah salah seorang dari pembaca kami pula, beliau cukup bertuah kerana telah memenangi kredit sebanyak RM888 selepas membuat tuntutan eTunai Rakyat melalui Boost.

Selain itu, Boost turut menawarkan penjimatan sehingga RM1888 untuk pembelian dalam aplikasi, pembayaran bil, tiket wayang, mahupun tambah nilai prabayar daripada rakan dagang seperti Celcom, Mydin, KK Mart, AEON Big, KFC, Pizza Hut, OldTown, Petron, GSC, Tesco, Zalora, PrestoMall, SeaGM, Fave, Caring Pharmacy, Guardian, Starbucks, Tealive, myNEWS, Yoodo, banyak lagi.

Boost juga memberi ganjaran tambahan kepada pengguna yang mencadangkan penyertaan ahli baharu. Melalui kod rujukan unik, pengguna tersebut layak menerima ganjaran sebanyak RM18 untuk lima pengguna Boost baharu.

Terakhir sekali, bersempena Tahun Baharu Cina, pengguna boleh menyertai cabaran Boost Ang Pow yang mana setiap tuntutan eTunai Rakyat yang dihantar, secara automatik akan menerima dua(2) Ang Pow dalam aplikasi bernilai sehingga RM10 setiap satu.

Syaratnya ialah pengguna perlu menghantar sekurang-kurangnya satu Ang Pow yang diterima kepada pengguna Boost lain yang tidak bermain cabaran ini atau bukan pengguna Boost untuk terus mendapatkan dua Ang Pow setiap hari. Semakin banyak berkongsi, semakin banyak Ang Pow yang anda akan terima.

Bagi yang belum membuat tuntutan eTunai Rakyat RM30, anda hanya diberi masa sehingga 9 Mac 2020. Bagaimanapun selepas 14 Mac 2020, kredit RM30 yang diberikan akan lupus dan dibuang dari akaun sekiranya tidak digunakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend